Thursday, July 2, 2009

Bertemu kembali...

Assalamualaikum sahabatku...
Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan ku untuk menghirup udara milikNya yang tidak perlu untuk membayar bilnya...dan cara untuk bayar adalah dengan membuat seberapa amalan yang boleh.

Syukur kepada Allah,walaupun dah lama saya rasa tak usik blog ni,namun Allah masih memberi kekuatan untuk saya menulis isi hati saya,memandangkan nama blog ni pun hati saya iaitu hatiafnan...

Sahabatku...

Dalam setiap perkara yang kita buat tentu mempunyai cara tersendiri atau taktik sendiri untuk memastikan ia berjaya dilakukan.Apatah lagi kita nak sesuatu itu yang kita rancang mesti memuaskan hati,betul???

Begitu juga dalam kita berdakwah,tentu mempunyai cara yang tersendiri dan kreatif untuk memastikan ianya berjaya dilaksanakan.Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya adalah apa yang saya perasan untuk menarik sesiapa sahaja untuk berminat kepada Islam.

Ustaz Jamaludin(Ustaz JAPIM) ada cakap:

"awaluddin makrifatullah"
"Mulanya agama dengan mengenal Allah"

Sebenarnya,salah satu cara untuk menarik perhatian kita sebagai manusia kepada amal-amal Islam adalah dengan mencipta suasana terlebih dahulu.

Wah...macam mana tu???? haa...macam ni..

Sebagai contoh,kita mahu ramai orang pergi ke surau.Puas kita memikirkan alternatifnya.Pada pandangan saya,salah satu cara untuk menarik perhatian sahabat-sahabat kita adalah mewujudkan suasana surau itu terlebih dahulu.Maksud saya ialah dengan membanyakkan aktiviti.Apabila surau beristiqamah dengan pelbagai aktiviti dan semakin hari semakin ramai pengunjung,sudah tentu sahabat-sahabat yang kurang pergi ke surau sebelum ini akan tergerak hati untuk sama mengimarahkannya.

"Hissh..ada apa kat surau tu,ramai-ramai orang???"

Persoalan ini mungkin timbul dalam hati mereka.Hal ini secara tidak langsung mampu merubah persepsi mereka bahawa surauini bukan hanya tempat untuk solat semata-mata.

Sama juga situasi seperti berlakunya kemalangan di jalan raya.Orang ramai mengerumuni satu tempat.Sudah tentu orang yang baru sahaja melihat situasi ini akan tertanya-tanya kenapa...Agaknya kenapa???

Sebab suasana di situ yang menyebabkan orang yang baru sampai tadi tertanya-tanya dan seterusnya mahu melihat apayang berlaku...Ajaib kan...

Kesimpulannya,salah satu cara untuk berdakwah adalah dengan mencipta suasana terlebih dahulu...

Terima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang banyak menyayangi saya selama ini...semoga Allah membalas budi kalian...

Barakallahufik.......

2 comments:

  1. Salam...
    erm.. btol apa yg afnan ckp 2..
    kdg2 (ap yg d lihat dn d perhati lar) budak2 ni dtg surau nk join dgn aktiviti yg ad (cth:tazkirah, ngaji quran ramai2 dll) Tapi, ble tiada pengisian, die orang akan run away.. sbb nye, die org nk ms diisi b'sama2.. klau duk blk pon sorng, xkn kt surau nk sorng jgk.. b'sosial d surau, tapi dgn cara yg betol lar...

    ReplyDelete
  2. " ape yg anda lihat, adalah ape yg anda dapat"

    klo kite lihat surau tu,
    hanye tuk jumpe kawan2,,
    kite akan dapat jumpe kawan2,,

    klo kite lihat surau tu,
    hanye tempat tuk isi mase lapang,,
    kite akan dapat isi mase lapang dengan pergi surau,,

    tapi klo kite lihat surau tu,
    tempat untuk kite beribadah kepde Allah, menyahut seruan Rasulullah untuk sembahyang jemaah, sbgai tempat untuk kite menguatkankan ukhuwah,
    yakin dan pastilah,,
    itulah kite akan dapat ,,,

    renungan untuk kite bersame.. :)

    ReplyDelete

Salam Ukhuwah

Glad to be a muslim

Can feel two biggest ni'mah

Iman and Islam

Proud to be a Muslim

I'm Muslim

You're Muslim

So,be like Muslim(-ah)

Glad to know you

Please Allah..Please

Give me Your Hidayah...