Wednesday, January 21, 2009

'Leave for nothing or die for something'

Bismillahirrahmanirrahim...

'LEAVE FOR NOTHING OR DIE FOR SOMETHING'

Itulah kata-kata yang saya amat teruja apabila mendengarnya.Saya dengar kata-kata itu dari seorang kawan,Zairul.Semasa kami sedang bergurau senda,dia tiba-tiba mengeluarkan kata-kata itu yang pada pandangan umum,mungkin ia dipandang biasa.

Tetapi waktu itu,saya terfikir bahawa kata-kata itu mempunyai satu makna yang begitu mendalam dan tiba-tiba amat menusuk hati saya.Kenapa agaknya?

Jika kita semua pernah menonton cerita-cerita barat yang berbentuk peperangan,sudah pasti kita tidak hairan bahawa kata-kata ini diucapkan oleh seorang ketua kepada bala tenteranya.

"All my armies,remember,no one can take this job except us.We must fight them as well as we can.Remember,leave for nothing or die for something!!"

Mungkin macam tu kot.
Namun sahabatku yang dirahmati Allah,cuba kita fikir sejenak.Kata-kata ini sebenarnya boleh dikaitkan dengan diri kita sebagai individu Muslim yang beriman.Kenapa agaknya?

Pada hari ini,kita melihat bahawa manusia pada dasarnya hidup di muka bumi yang sementara ini untuk mencapai impian kerana setiap dari kita mempunyai matlamat hidup.Mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.Dalam konteks seorang pelajar,mereka belajar bersungguh-sungguh dalam matapelajaran tertentu untuk membolehkan mereka mencapai cita-cita seperti untuk menjadi doktor,jurutera,akauntan,penganalisis ekonomi dan mungkin usahawan berjaya.

Sesetengah daripada mereka mempunyai cita-cita ini untuk berbakti kepada masyarakat.tidak perlu kita melihat kepada mereka yang hanya mengejar cita-cita untuk mendapat keduniaan.Tetapi kita memandang manusia yang mengejar cita-cita untuk mendapat manfaat sama ada dunia dan akhirat.Mengapa saya berkata begitu?

Islam merupakan satu agama yang benar dan syumul merangkumi semua aspek kehidupan.Hanya Islam agama yang diredhai oleh Tuhan yang Esa iaitu Allah S.W.T.Dalam Islam,Allah memberi ganjaran dan hadiah yang berlipat ganda kepada manusia yang mampu menjadikan hidup mereka satu kehidupan yang bermanfaat.

Sahabatku,
Hidup di dunia adalah sebagai singgahan untuk mengambil seberapa banyak bekalan ke akhirat (saya menasihatkan sahabat dan diri saya sendiri).Justeru,bagi manusia yang berfikir atas keimanan mereka,hidup ini tidak boleh dipersiakan.

Maksud saya dengan ayat 'tidak boleh dipersiakan' ialah sebagai seorang Islam yang percaya bahawa Allah akan memberi balasan atas setiap perbuatan,kita harus menjadikan hidup ini bermanfaat untuk kita di akhirat kelak.

Saya mengambil contoh keluarga Yassir pada zaman Rasulullah S.A.W.Sepertimana yang kita ketahui,sebahagian ahli keluaraga Yassir telah meninggal dunia akibat dibunuh kerana mempertahankan akidah.Rasulullah tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu.Jika kita merenung sejenak,keluarga Yassir meninggal dunia dengan sebab iaitu mempertahankan akidah.Kita percaya bahawa keluarga Yassir diberi nikmat serta ganjaran oleh Allah S.W.T dengan syurga yang penuh kenikmatan kerana itulah yang dikatakan Rasulullah S.A.W.Tetapi,jika keluarga Yassir mati dalam keadaan tidak beriman kepada Allah,sudah tentu sia-sia hidup mereka.Maknanya mereka 'pergi' kerana sesuatu dan bukan 'pergi' tanpa apa-apa.

Pengajaran yang kita boleh ambil ialah,muslim mampu unutk mencari kebahagiaan di akhirat melalui amalannya di dunia.Saya baru teringat kata-kata ini juga boleh dikaitkan dengan dakwah Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang syahid kerana kekejaman pemerintahan Mesir ketika itu.Beliau syahid kerana mempertahankan perjuangannya untuk Islam.Beliau syahid untuk sesuatu.

Oleh itu sahabatku,keputusan unutk menjadikan dunia ini sebagai satu medan tanaman yang akan dituai hasilnya nanti di akhirat atau menjadikan dunia ini sebagai tempat persinggahan semata-mata adalah terletak di tangan sendiri seperti kata-kata dalam iklan Shell,'the power is in your hand'.

Allah akan memberi balasan kepada manusia walaupun mereka melakukan kebajikan yang sebesar zarah sekalipun dan begitu juga dengan kejahatan.

Semoga input ini bermanfaat untuk sahabat dan unutk diri saya sendiri.InsyaAllah...


3 comments:

  1. tulisan apa yg dipakai ni??
    mcm tulisan zaman batu je..
    x faham..

    ReplyDelete
  2. frasa ayat ni ak penah dengar dlm cerita RAMBO 4....best giler wooo...time rambo marah team commando yg nux blik tu..bnda ni la yg dia ckp...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..
    nak link kan blog anda bleh x?
    =) ex-pedas 02/06

    ReplyDelete

Salam Ukhuwah

Glad to be a muslim

Can feel two biggest ni'mah

Iman and Islam

Proud to be a Muslim

I'm Muslim

You're Muslim

So,be like Muslim(-ah)

Glad to know you

Please Allah..Please

Give me Your Hidayah...