Bismillahirrahmanirrahim..
"Ok,baiklah murid-murid,cikgu nak tahu apa cita2 kamu semua..
mula dengan kamu.."
"saya nak jadi jurutera cikgu.."
"haa,kamu plak?"
"Saya nak jadi doktor.."
"Saya pulak nak jadi Pensyarah"
"Saya nak jadi seorang Angkasawan cikgu,dapat tengok bulan ngan matahari.."
Mungkin itulah kata-kata yang keluar dari mulut anak-anak murid di sekolah sekarang ini.Semua yang disebutkan itu sebenarnya adalah profesyen yang boleh dikatakan profesional dan memerlukan kepada semangat belajar yang tinggi untuk mencapainya.Apabila setiap dari kita pada hari ini mendengar anak-anak kecil menyebut cita-cita mereka,pasti kita akan berasa bangga kerana cita-cita mereka itu mampu menjanjikan pulangan wang yang amat lumayan dalam hidup.Dari perspektif keluarga pula,tidak hairanlah kalau ada sesetengah ibubapa yang mendidik anak2 mereka sejak dari kecil untuk memiliki kerjaya yang profesional.
"nak.. kalau dah besar nanti jadi doktor tau..boleh rawat mak kalau mak sakit.."
Itu bagi sesetengah ibubapalah.
Tetapi,persoalannya sekarang ialah siapa yang sebenarnya menjadikan anak2 kita pada hari ini berjaya dalam kehidupan mereka?Siapa yang telah membuatkan mereka mampu menjawab soalan dalam peperiksaan?Siapa yang merubah mereka daripada tidak tahu A..B..C kepada tahu?Siapa yang berjaya membuatkan mereka berjaya mengeluarkan kata-kata.."mak,cikgu adik cakap kan..."?,dan siapa pula yang telah menjadikan mereka tahu menghormati ibubapa mereka?
Saya rasa sudah pasti pembaca tahu orangnya.Orangnya adalah sseorang guru.Guru...satu nama yang tidak asing lagi dalam masyarakat hari ini.Sebut sahaja guru,tentu ramai yang telah sedia maklum bahawa tugas guru itu mengajar dan mendidik.Sebut sahaja guru,tentu semua tahu bahawa guru itu merupakan 'Role Model' kepada anak murid dan sebut sahaja guru,tentu terlintas di fikiran bahawa tempatnya adalah di sekolah.
Dalam kehidupan seorang manusia normal dan biasa,hidupnya akan didampingi oleh guru sejak dari kecil hingga dewasa kerana tanpa guru,siapa pula yang mampu mengajar ilmu kepada mereka.Sebab itulah kerjaya guru ini pada hakikatnya perlu diberi penghargaan dan penilaian yang positif dalam kalangan masyarakat.Tidak sepatutnya guru ini dipandang rendah dan dianggap bertaraf sederhana.Dalam Islam juga,Allah memandang kerjaya pendidik ini sebagai satu kerja yang cukup mulia kerana Sabda Nabi.."sampaikanlah walaupun satu ayat".
Islam juga telah memberi satu anugerah dan hadiah kepada seorang yang kita kenal sebagai muallim,mudarris dan juga muaddib ini.Saya teringat satu hadith Rasulullah yang mengatakan bahawa apabila anak adam ini telah mati,maka hanya 3 perkara yang tidak akan putus dan salah satunya adalah ilmu yang bermanfaat.
Kata-kata itulah yang telah memberi semangat kepada saya untuk terus berada dalam bidang pendidikan.Hal ini juga membuatkan saya ingin berkongsi dengan teman-teman bagaimana diri saya boleh berada dalam bidang perguruan hari ini.
Sewaktu saya berada di tingkatan 5,cita2 nak jadi seorang doktor gigi kerana saya juga seperti pemikiran orang lain,kerana pulangannya yang agak lumayan dan juga kerana kerjaya ini adalah profesional.Saya cuba belajar seperti biasa dengan sahabat2 yang lain.Semasa berada di tingkatan 5 itu,saya memohon 3 tempat untuk sambung belajar iaitu mengisi borang UPU,maktab dan memohon Matrikulasi.Antara tiga pilihan itu,Maktablah yang saya tidak terlalu mengharap.Apabila keputusan SPM keluar,saya sedar bahawa keputusan yang saya buat iaitu memilih bidang Pergigian dalam borang UPU di Universiti Sains Islam Malaysia merupakan satu pilihan yang tidak tepat.Saya hanya dianugerahkan 5A dalam SPM.Sebaik sahaja keputusan SPM keluar,saya terus tukar bidang yang telah dipilih kepada bidang Syariah Dan Undang-Undang di universiti yang sama.Saya sebenarnya minat dalam bidang agama dan mendapati bahawa keputusan SPM melayakkan saya untuk mendapat bidang ini.Saya berharap sangat untuk mendapat bidang ini.
Dalam masa keputusan UPU dan matrikulasi ini keluar,saya telah berusaha memohon petunjuk dari Allah untuk memastikan bahawa adakah benar pilihan ini dengan melakukan solat sunat Istikharah.Saya bersyukur kepada Allah yang telah memberi petunjuk tentang masalah ini.Tetapi saya berasa terkejut kerana saya sebenarnya membuat pilihan yang salah.Saya sudah mula berasa tidak sedap hati,kerana inilah sebenarnya yang saya mahu,untuk memasuki Universiti Sains Islam Malaysia.Lebih-lebih lagi di USIM ini,saya mempunyai kenalan iaitu abang senior semasa di SMKA Pedas yang begitu rapat.Dia juga merangkap Naqibku di sekolah.
Selepas daripada itu,saya menyerahkan semuanya kepada Allah.
Setelah diberitahu bahawa keputusan UPU dan Matrikulasi sudah diumumkan,saya cuba untuk melihatnya melalui SMS.Amat sedih dan kecewa untuk dikatakan kerana kedua-dua permohonan itu tidak diterima.Saya sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Saya tak dapat gambarkan perasaan ketika itu."Macam mana aku lepas ni..nak sambung pelajaran macam mana?".Itulah persoalan yang bermain difikiran sejak hari itu.Selepas itu saya cuba membuat rayuan kali kedua dalam bidang yang sama di universiti yang sama.Apa yang boleh saya buat ialah tawakal kepada Allah.Itulah yang sebaik-baiknya.
Tidak lama selepas itu,Radzi,sahabat baik saya menelefon dan memberitahu perkara yang sebenarnya berat untuk saya terima iaitu saya telah ditawarkan masuk ke tingkatan 6.Fahaman saya ketika itu ialah masuk ke tingkatan 6 ini tiada standard kerana kita kembali ke sekolah.Tetapi apakan daya.Mana lagi saya mahu pergi.Saya berbincang bersama keluarga dan mereka bersetuju.Pada masa yang sama,saya amat berharap rayuan saya untuk kali kedua bagi UPU diterima.
Saya menerima tawaran masuk ke tingkatan 6 dengan hati yang biasa di SMK Datuk Mansor,Bahau,Negeri Sembilan dalam jurusan sains tulen.Semasa di tingkatan 6,saya telah menerima tawaran maktab iaitu untuk menghadiri temuduga di Institut Perguruan Raja Melewar.Pada ketika itu,saya hanya mahu mencuba nasib,tetapi saya juga berharap saya diterima.Semasa menuntut di tingkatan 6 juga,ada perkara yang membuatkan saya bersyukur sangat sebab berada di sana iaitu saya terpilih untuk menjadi pemantun sekolah.Tetapi hanya sebagai simpanan.Saya sempat berlatih bersama mereka dan tahu serba sedikit tentang pantun.Tetapi kami kalah dalam pertandingan sebenar.Takpe,mungkin ada hikmah atas segala kejadian.
Semasa dalam tingkatan 6 itu jugalah saya amat bersyukur dan gembira kerana tidak sampai sebulan disana,saya telah berjaya ditawarkan bidang Syariah dan Undang-undang di Usim.Saya amat gembira dan setelah berbincang dengan kedua ibubapa,mereka bersetuju bagi mendaftarkan saya di sana.Saya amat bersyukur kerana apa yang saya mahukan telah tercapai.
Saya mendaftar masuk ke USIM dan berjumpa ramai kawan termasuk Naqib saya.Kehidupan di universiti memang memerlukan dedikasi yang tinggi kerana semua bahan perlu dicari sendiri.Setelah seminggu lebih di sana,saya mula biasa dengan kehidupan seorang penuntut universiti.Sahabat karib saya,Zamir juga menuntut di UIA yang terletak amat berhampiran dengan kediaman saya.Dia juga mendapat tawaran menghadiri temuduga guru dan dia amat berminat untuk menjadi guru walaupun keputusan SPMnya amat baik iaitu 8A.Tidak hairanlah kerana ibunya juga seorang guru dan ibunyalah yang memberi galakan kepadanya untuk menjadi seorang guru.
Tiba masa keputusan maktab keluar dan ramai yang memohonnya melihat keputusan di internet.Bagi sahabat saya zamir,dia telah berjaya ditawarkan ke Institut Perguruan Darul Aman,Kedah dalam jurusan Matematik dan dia bersetuju dengan sepenuh hati untuk pergi ke sana meninggalkan UIA dalam bidang Perakaunan.Tiba giliran saya untuk melihat keputusan.
Alhamdulillah..saya telah berjaya ditawarkan ke Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan dalam bidang Sains(sekarang namanya telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia,Kampus Tengku Ampuan Afzan,Pahang).Saya memilih bidang Sains adalah atas cadangan Naqib iaitu abg.Anas walaupun pada hakikatnya saya lemah dalam matapelajaran sains.Takpe,mungkin ada hikmah disebalik semua ini.Perasaan saya gembira bercampur serba salah atas sebab tertentu.
Keluarga saya mencadangkan agar saya memasuki maktab tetapi naqib saya iaitu abg.Anas berpendapat bahawa saya lebih baik berada di situ.Saya berasa amat serba salah.Saya berjumpa dengan senior yang saya katakan awal tadi,abg.Mohd Nor Adzim atau nama pendeknya Mono.Dia dengan tegas menghalang saya keluar.Saya bertambah serba salah.'Ya Allah,berilah aku kekuatan untuk membuat pilihan'.
Setelah berfikir dengan semasak-masaknya,saya membuat pilihan untuk memasuki maktab kerana saya tahu,mungkin ada hikmah untuk semua ini.Setelah berbincang bersama Naqib,dia bersetuju walaupun sebenarnya berat hati saya untuk meninggalkan USIM.
Memang terlalu berat sehingga saya pernah mengatakan kepada ayah saya dalam perbualan telefon.."kalau tak pindah pun takpe kan?..".
Saya gagahkan diri dan membetulkan niat disamping kata-kata semangat yang diberikan daripada sahabat yang lain.Saya berniat menjadi guru ini untuk mendidik anak-anak Islam dengan pengetahuan sains yang hari ini mungkin semakin layu dalam pemikiran mereka.Untuk itu,saya perlu belajar matapelajaran ini sebaik mungkin disamping memohon pertolongan Allah.
Walaupun pada mulanya,saya berpendapat bahawa kerjaya guru ini low class,saya membetulkan niat ikhlas untuk mendidik.Mungkin penuntut di universiti lebih profesional kerana mereka digelar 'penuntut universiti',tetapi jika hendak dibuat perbandingan dari segi mendapat pekerjaan,InsyaAllah penuntut maktab sudah ada kerja manakala penuntut universiti masih tercari-cari pekerjaan.
Sekarang,saya merupakan seorang guru pelatih dan saya perlu menjalani segala latihan yang diberi untuk menjadi seorang guru.Setelah lama duduk di sini,Alhamdulillah saya telah dapat membiasakan diri walaupun pada mulanya,kemudahan dirasakan agak kurang terutamanya kemudahan jaringan tanpa wayar atau wireless.
Di sini juga,saya telah terpilih untuk mewakili unit dalam pertandingan pantun peringkat maktab.Itulah yang saya katakan tadi bahawa saya amat bersyukur memasuki pertandingan pantun semasa di tingkatan 6 dulu dan dari situ,saya mempunyai sedikit pengalaman.
Saya berharap semoga segala yang telah ditentukan Allah kepada saya iaitu meletakkan saya di sini untuk menjadi seorang guru mempunyai seribu hikmah dan kebaikan terutamanya kepada bangsa masa hadapan yang sedang menunggu kedatangan saya untuk mengajar mereka.
Saya juga berharap semoga masyarakat pada hari ini tidak memandang rendah akan kerjaya perguruan kerana pada suatu hari nanti,apabila guru ini sudah meninggal dunia,ilmu yang diajar kepada anak muridnya yang diamalkan dalam hidup akan menjadi pahala yang disalurkan berterusan sehingga hari kiamat,InsyaAllah.
siapa kata pekerjaan guru low class?
ReplyDeletesaya teringat puisi Usman Awang;
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Sajak karya SN Dato’ Dr Usman Awang
bangga lah menjadi guru..
anda ada bakat untuk menjadi guru..
semoga menjadi guru yang berjaya untuk memartabatkan anak bangsa dan agama..
Salam cikgu Afnan.. kehkeh, nanti ajar anak saya ya, sy nak jd follower awk ne blog ne, tapi x dpt plak, maka saya link je la ke blog sy ye... jemput lawat blog sy juga , x kunci pon..
ReplyDeletesofialwani.blogspot.com
salam..sori ganggu blog nta...ana bce blog ni dr kwn ana pye blog...ana pun x-student usim 1st intake syariah n law..skrg kat mktb gak..pe pun..ikhlaskan hati jd sorg pendidik..ana pun tgah usaha ikhlaskan hati..wassalam..
ReplyDeleteassalamu'alaikum
ReplyDeleteleh ana tahu anta dpt result maktab bape hari selepas interview?
WaAllahua'lam.
ReplyDeleteGood luck abg afnan!
Ilmu lebih kepada tanggungjawab.InsyaAllah segalanya ada hikmah.
ReplyDeleteSaya cadangkan baca ku 'jangan besedih' dan anda akan memahami apa itu kehidupan.Just pandangan peribadi.