Wednesday, March 27, 2013

Anugerah Ilahi….CINTA…

Assalamualaikum W.B.T… Segala Puji bagi Allah aku panjatkan…Nikmat Iman dan Islam masih dirasakan…Aku doa semoga tidak dihilangkan…sebagai bekalan bertemu Tuhan… Lama benar rasanya blog ni tak diisi dengan sebarang tulisan buat pedoman…sebagai luahan rasa.. Kenapa aku menulis??? Isi masa kosong??? Ade idea??? Ade bende aku nak kongsi?? Ade cerita aku nak cerita??? Ade peristiwa aku nak ketawa??? Ade peristiwa yg aku rase perlu kite sume jadikan pedoman?? Hmmm…tu sume la tu…tu sebab nak ditulis, supaya rasa sume tu dapat dimanfaatkan kebaikannya… Rasulullah banyak berkata bahawa: “sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermanfaat kepada orang lain” Aku nak berusaha untuk jadi orang yang bermanfaat kepada orang lain. Aku nak usaha untuk berilmu dan beri ilmu. Aku nak berusaha untuk berharta dan beri harta. Aku nak usaha untuk senyum dan beri senyum. Aku nak usaha untuk diberi kuat dan memberi kuat pada orang lain. Dan aku nak usaha untuk diredhai Allah dan membantu orang lain mendapat redha Allah… Anugerah Ilahi…..pasal ape ni??? Pada entri yang lepas, aku ceritakan pasal kembara aku dengan kawan-kawan ke pantai timur naik motor. Pada akhir entri tu ade aku cakap yang aku akan ceritakan pasal satu anugerah Allah yang mesti ade pada setiap ciptaan bergelar manusia iaitu…CINTA…KASIH…SAYANG…LOVE…Aii…Habba… Aishiteru(pun ade jgk…)…dan lain-lain bahasa yang diketahui mahupun yang tidak diketahui. Asasnya adalah semua orang ade pandangan atau pendapat masing-masing bila bercakap tentang perkara ni. Dan bila kita terapkan dan asaskan asas ni dalam hati kita, maka bila orang terjemahkan apa yang dia rasakan pasal cinta, kita takkan rasa lain atau tak faham atau tak suka sebab persepsi orang adalah tidak sama bagi orang yang berbeza. Sebab ape aku kate macam ni? Sebab memang itu pun sifat manusia…berbeza pandangan…berbeza pendapat…berbeza macam-macam…so ape nak buat?? Raikanlah selagi tak bertentangan dengan perkara agama, kepercayaan dan adat,juga harta benda dan nilai kemanusiaan. Islam adalah agama yang lengkap baik dalam apa perkara sekalipun. Sesungguhnya selagimana kita mengikut petunjuk Islam, selagi itulah keberkatan dan kebersamaan Allah bersama kita. Susah betul nak faham??? Ok macam ni…selagi mana sesuatu perkara yang kita buat ade campur tangan Allah, selagi itulah ade keberkatan yang akan Allah kurniakan pada kita. Bila bercakap pasal cinta, bagi aku…it’s very subjective, invisible n sometimes weird. Macam-macam ayat yang kite dengar pasal cinta. Dan aku pasti setiap orang ade lah ayat penangan cinta die masing-masing. Cuma ape yang ingin aku cakapkan hari ini ialah ramai orang yang bercakap pasal cinta kadang tersilap mengenainya. Bukan aku cakap aku sorang je betul, tapi bagi kita orang Islam, apakah maksud cinta yang sebenarnya. Kalau aku cakap cinta Allah yang Hakiki, semua orang tau. Haaa…itulah manusia, dia lebih sukakan benda yang nampak dalam realiti dari benda yang tak nampak tapi hakiki. Kita tau cinta Allah tu hakiki tapi kita tak nampak, so kadang kita akan cari cinta yang nampak semata-mata sebab kita fikir bahawa cinta itulah yang hakiki. Ape yang nak kita tau adalah memang betul cinta adalah anugerah Allah. Tapiiii…macam mana kita nak raikan cinta ini, yang diberi Allah supaya kita tak tersalah cinta…tak tersalah kasih…dan tak tersalah pilih kasih. Pada pandangan aku, cinta memang tak boleh dipaksa atau disuruh. Kadang kita tengok orang ni, eh..suka plak tengok die. Kadang tengok orang tu…eh comel plak budak ni.so macam mana nak dapat yang terbaik niii?? Senang je…Tapi kalau nak ikut, ikut la…macam ni, hati manusia ni Allah yang cipta dan pegang. So, nak dapat yang terbaik, kene Tanya semula pada Allah. Bila kita tanya Allah baru Allah bagi jawapan, tak tanya, camne Allah nak bagi jawapan. Ape maksudnye??? Maksudnya, Doa kepada Allah itu adalah satu gerakan hati yang digerakkan oleh Allah untuk menunjukkan kepada kita bahawa first step untuk mendapat yang terbaik adalah betul. Tak kisah lelaki atau perempuan. Macam mana nak raikan cinta supaya tidak tersalah bercinta atau dah bercinta tapi tak tersalah melalui lorong cinta??? Kene doa bebanyak…minta pendapat orang yang kita PERCAYA…kenapa plak PERCAYA… maksud saya percaya ini adalah orang yang baik dalam urusan agamanya. Kalau kita tanya pada kawan baik kita pun tapi die belum…bukan tak baik, tapi belum baik dalam urusan agamanya, maka mungkin ade sedikit kesilapan pada proses itu SEBAB…orang yang baik dalam urusan agamanya, Allah akan mudah perkenankan doa dan beri dia petunjuk. So bila Allah beri petunjuk..insyaAllah…pasti cinta yang kita cari akan baik dan betul sebab ade campur tangan Allah. Ade beberapa orang kawan yang dah menyulam cinta bertanya pada aku pasal cinta. Ape yang aku bagitau…”ok, skarang kalau da sayang, cuba jaga hubungan ni”..bukan aku bermaksud untuk suruh die lebih bercakap sayang, lebih bermesej sayang..bukan…tapi maksud aku adalah jaga dalam ertikata elak murka Allah. Aku tak boleh terus berhentikan kerana menegur itu perlu dengan hikmah dan turutan. Ape yang aku cakap adalah…”ko kene banyak doa, kurangkan perkara yang boleh mendatangkan maksiat hati”…senang je. Tapi tu pun ramai yang tak boleh buat. Sebab ape tak boleh?? Sebab die tak yakin bahawa yang terbaik adalah dari Allah. Takut awek lari la…takut itu la..inilah…macam-macam. So asasnye ape??? Allah…itu je…. Ade plak orang yang sangat mudah pilih cinta. Die da berkenan dengan seseorang, masuk minang, kenal-kenal sikit dan cakap yang aku da ‘tempah’ kau, jadi kite hentikan segala perhubungan(tepon..mesej..surat) utk sementara dan sampai masa kita akan kahwin. Sweeeet sangat… pada pandangan aku,ini sangat baik…ditambah pula dapat merasai kemanisan hubungan tu lepas kahwin. Kenapa kita asyik gagal dalam cinta dan tak rasa sweet??? Mudah je…sebab tujuan kita bercinta bukan nak sampai kahwin. Saje-saje nak main dan tak serius…saje-saje nak sedap dan ade makwe n pakwe. Tapi kalau tujuan kita nak bercinta sampai syurga, maka InsyaAllah…Allah akan bantu dan permulaan lagi Allah akan bagi jalan pada kita. Cinta semua orang nak dan suka, tapi bagaimana kita menghadapi cinta dan meraikannya, itu hal mustahak yang perlu kita fikirkan… InsyaAllah akan disambung lagi entri ini pada masa yang lain….. Siiru ‘Alabarkatillah….semoga keredhaan Allah bersamamu…

1 comment:

Salam Ukhuwah

Glad to be a muslim

Can feel two biggest ni'mah

Iman and Islam

Proud to be a Muslim

I'm Muslim

You're Muslim

So,be like Muslim(-ah)

Glad to know you

Please Allah..Please

Give me Your Hidayah...