Wednesday, November 14, 2012

A Journey To The East...(Part 1)

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…Lailahaillah… Syukur aku kpd Allah atas nikmat yg terlalu byk dikurniakan…Sungguh andai aku punya kesempatan utk menghitung segala anugerah dan nikmat ini, nescaya tidak sempat untuk aku menghabiskannya sebelum tiba ajalku dek kerana terlalu banyak, banyak dan banyak. Lama benar aku tak menulis apa2 dlm blog ni. Sampai kawan aku sendiri pun tegur…uish, berhabuk jgk tmpt ni…ahaha…. Blog ni ak tulis kerana aku nak smpikn pndgn ak sendiri ttg sesuatu yg ak lihat. Mungkin org lain pandang perkara yang sama. Tapi setiap org mempunyai pandangan sisi yang berbeza. Ingat lg ak pada kata2 fauzan(kwn IPG…ustaz), ada 3 org yang dtng ke sebuah pantai. Si A hanya melihat-lihat dan bersiar-siar. Dia hanya ingin tenangkn diri. Si B datang dan melihat bahawa dia boleh buka syarikat petroleum dgn menggali minyak. Si C plak datang dgn pandgn bhwa dia boleh bukak perniagaan perikanan. Jadi, moral valuenye, setiap org memandang sesuatu yang sama dengan pandangan yang berbeza dan raikanlah pandangannya selagi mana ia tidak melanggar kepercayaan, perkara yang baik dan terutamanya tidak menyentuh sensitiviti sesuatu yang ada di sekeliling. Lalu aku teringat pada penjelajahan ak bersama kawan2 yg aku sayang ke pantai timur.
Ingat lagi ak bile syauqi kate die takut kalau die mati semasa sedang berjalan-jalan,melancong dan bersiar-siar. Hmmm… mase tgh berdua kat taman lipis mase tu. Memang tepat pada masanye luahan tu sbb aku rase mase tu ak blum gerak lagi ke pantai timur. Aku pun cakap kat die… “Sepanjang kite ride sesame ni, sebelum kite mulakan ride kite ni, ak selalu doa dlm solat dengan tiga doa ni: 1.Ya Allah,kurniakanlah kepada kami keizinan untuk pergi ke tempat ini pada kali ini 2.Ya Allah, kurniakanlah kami keselamatan dan jauhknlh kami dari sebarang bala bencana dan malapetaka 3.Ya Allah, kurniaknlah kami keseronokan yang tidak sampai kami melupakanMu” Macam tu la sikit sebanyak doa yang selalu aku panjatkan. Bukan ape, aku suke sgt travel jauh. Nek motor plak tuu..hmm…tak ke terbaek tu… Tp kali ni best ckit sbb ramai. Nas dengan zai pun ad sekali. Cakap bab kawan2 ni, aku teringat satu hadith Rasul: “Manusia itu mengikut agama kawannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya ” – HR Tirmidzi Maka ak pilih kawan yg pada pandangan ak mampu menjadi contoh mahupun peneman sewaktu ak tgh sedih dan sbgnya. Satu benda yang ak tanamkan dalam jiwa ak klu berkawan dengan seseorang, kalau ak ternampak kelemahannya, cepat-cepat ak fikir dan cakap dalam hati… “hmmm..sabar, mungkin itu satu je kelemahan. Kalau ak xkawan dengan die, sape lagi yang ak nak kawan. Aku sendiri pun byk kelemahan, nape satu kesalahan die plak yang aku nak besarkan.” He2…bkn senang rupanya nak kawal perasaan kite kn… Berbalik pada journey ak dengan kawan-kawan kali ni. Seingat aku, Alhamdulillah, Allah da kurniakan kekuatan untuk ak dengan kawan ak yang sorg ni jalan2 satu semenanjung dengan motor sama ada pegi ke negeri tu hanya sekadar singgah atau mmg ad tujuan. Dan sepanjang ride nek motor tu, macam-macam benda yang ak belajar sama ada ttg sifat berkawan, melihat ciptaan Allah, keluar dr kepompong selesa kepada tidak selesa(contohnye tdo di RnR je) dan len2 lg. Teringat ak pada satu kata-kata hikmah. “Orang yang pernah hidup susah akan mampu merasa kesusahan orang yang susah apabila dia senang. Tapi, orang yang selalu senang, belum tentu boleh merasa kesusahan orang yang susah sebab die sudah biasa dengan kesenangannya”. Macam tu juga aku. Keluar 2-3 hari pegi tempat orang,ride nek motor dalam keadaan mengantuk, terpaksa berhenti sekejap,tdo tepi jln dengan nyamuknye, tak selesanya, disamping kene fikir pasal duit untuk makan sbb itulah nadi kepada setiap penjelajahan, maka semua itu sedikit sebanyak mengajar ak erti hidup orang susah. Tapi ride aku kali ni dengan kawan2 agak lain.Aku rase selesa sangat sbb tdo hotel dan rumah orang. So kali ni ak nak fokus pada journey ak ke pantai timur, segala pandangan, segala apa yang aku belajar. First day ride kami ke kelantan, aku berempat tido kat umah din.
Layanan Din ngan keluarga memang terbaek. Bawak jalan2 dan siap ade wat BBQ lg. Aku teringat pada sebuah hadith: “Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat” Dosa-dosa mereka sekeluarga juga terampun sebab tetamu itu datang membawa rahmat dan pulang mensucikan dosa-dosa tuan rumah. Subahanallah…begitu sekali Allah kurniakan kepada org yang memulikan tetamu.2 malam tdo di situ. Terima kasih byk din… Di Kelantan, sempat juga singgah di umah Apih, Wani, Aqmar dan Asma. Alhmdulillah,mereka juga melayan dengan layanan yang ckup baik.
Dan Ziarah kami ke Kelantan memang langkah kanan sebab kami sempat pergi ke Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan. Din kate ekspo kali ni lain dari yang lain sebab dibuat dalam Istana. Teruja betul ak bila masuk istana Kelantan. Subhanallah, bangga betul rakyat Kelantan bila berada dibawah naungan raja mereka sekarang ni. Aku pun ckup2 hormat dengan raja Kelantan kerana pemerintahan yang diamalkan adlah bercirikan Islam. Teringat aku pada satu hadith riwayat Bukhari Muslim. Dari Abu Hurairah Bahawa Rasulullah bersabda: "Tujuh golongan yang Allah naungi mereka pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah yang pertama adalah pemerintah yang adil....(hadith ini panjang)” Sungguh, bertuahlah pemerintah yang adil andai benar cara pemerintahannya dan celakalah kepada pemerintah yang zalim andai kucar-kacir pemerintahnya.
Alhamdulillah, mase ak datang, Tengku Muda pun kebetulan dtng sekali. Aku tiba-tiba teringat plak kate2 ayah Asma mase kami ziarah rumah die. Ayah die kate, "Kite sume diberi mase 24 jam, sempat x sempat tu atas kite je sbnrnye"..he2...dalam nada gurau. tapi bg ak, betul juga tu...sume manusia diberi Allah masa yang sama, tp knapa ada yg berjaya dan tidak? itu aku perlu muhasabah. -BERSAMBUNG- PART 2....

3 comments:

  1. siapa yang cakap blog dah berhabuk tuu? hehe..

    umar al-khattab once mentioned, one of the ways you truly know someone is by travelling together.

    :)

    ReplyDelete
  2. Huhu...mmg berhabuk pun. Aku siap tiup lg sbb byk habuk...

    Yup..agreed...Next Destination...United States Of America...

    ReplyDelete
  3. hahah mari mari. kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. :D

    ReplyDelete

Salam Ukhuwah

Glad to be a muslim

Can feel two biggest ni'mah

Iman and Islam

Proud to be a Muslim

I'm Muslim

You're Muslim

So,be like Muslim(-ah)

Glad to know you

Please Allah..Please

Give me Your Hidayah...