Thursday, November 15, 2012

The Journey to The East...(Part 2)

Bismillahirrahmanirrahim... In The name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful This is the time for me to continue my journey to east state of Malaysia. Last post, ak habiskn ayat ak dgn kata2 ayah asma. Dia kata, kite semua ni diberikn 24 jam setiap seorg. Lalu atas kitalah sama ada sempat atau tak untuk sesuatu tu. Hmmm...da lme ak dgr pasal benda ni, tp br skrang faham sikit sebyk ttgnye.hah..
Lepas pegi Pameran MAIK tu, ak terus ke rumah Aqmar. Lps tu terus ke Terengganu ikut jln Pantai. Subhanallah!!! itu yg boleh ak katekn bila ak dpt tgk pantai dlam perjalanan. Tiba-tiba aku teringat ayat Al-Quran, Surah A-Kahf ayat 109: 'Kataknlah (Muhammad), "seandainya lautan menjadi tinta utk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, maka pastilah habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)" Kalau da laut yg luas terbentang itu pun jd dakwat, ayat Allah xkn habis utk Dia turunkn kalimatNya...Luas betul pengetahuanNya. Siapalah kita sbg manusia ni yek... Dan kebetulan dalam perjalnn tu jgk, mase nek motor, aku terpndg langit...Allahuakbar!!! Cantiknye langit. Ia lebih kurg mcm kepulan yang yg cantik dismpg background biru...betul2 menawan... Ak teringat Tazkirah yang pernah ak hadir dulu. Siapa agknye yg menahan burung di langit??? Siapa agknye yg menahan awan?? itu semua tak lain tak bukn..ALLAH...Pencipta Sekalian Alam. Namun Andai Manusia anggap apa yg diciptakannya tu hebat, maka Pencipta kepada pencipta itu sbnrnye lg hebat. Masakan tidak, kite tgk bangunan cantik, binaan, jln, tasik buatan yg cntik, tp tak pernah terlintas di hati kita bhw pencipta kpd kite yg mencipta itu lg hebat, lagi berkuasa sbnrnye. Atas kite je utk menilainye...
Kami smpi malm ke k.terengganu. Malam tu hujan lebat. Habis kene basah. Oleh sbb hujan aku selalu amalkan doa mase hujan yang berbunyi: 'Allahumma inni shoyyiban nafi'a' Maksdnye : Ya Allah, kurniaknlah daku sebnyk-banyk manfaat Apa tidaknye, hujan tu Rahmat Allah. Antara mase utk doa mustajab ialah waktu hujan...Ape lg, ambil la kesempatan waktu hujan ni. Pernah sekali mnx keputusan exam cemerlang waktu hujan..hu2..smoga termakbul. Mghrib di Masjd Terapung membuat hati aku tenang.
cari tmpt tdo mlm tu di Marang dan Alhmdllh dpt. Pagi sok trus jln K.Terengganu. Perkara first yg ak tertarik ialah Batu Bersurat(da byk kali da nmpk sbnrnye)... melambngkn Islam yang dipegang di negeri ni...hu2...hebat...harap boleh capai smpi ape yg Allah firmankn...Baldatun toyyibatun...insyaAllah.. Alhdulillah, tmpt tdo mlm kedua lebih selesa, tepi pnti, kolam renang..hmm...best... Mase ak tulis entry ni, tiba2 teringat kepada replika rumah Rasulullah kat Ekspo Maik tu...Allahuakbar, agk kecik bg ak sbnrnye. ak terfikir, bgmn pemimpin agung mcm tu boleh dduk hnya du rumah begitu. Ruang solat yang kecik, tmpt tidur yang kecik dan beberapa lg ruang ckup utk ak merasa bhw zuhudnya Rasulullah. Pada baginda, dunia ini xde ape2, malah akhirat yg penting. Semoga ak tergolong dlm golong org2 yg bersama rasul nnti...ameen..
Lepas check-in, tibalah mase jln2. Trus ke Taman Tamadun Islam. Sempat Solat Zohor kat msjd kristal. Cantik sgt dr luar...
Masuk taman tamadun Islam,tp sblm tu pekena ckit aiskrim dr susu kmbg. Teringat ak yg Rasulullah suka minum susu kmbg. tp yg byk skrang ni susu lembu.hmmm...susah nak cr susu kmbg ni...nak jd usahawan kmbng la camni...he2... Masuk taman tamadun Islam, ad 23 monumen yg terdiri dr masjd2 atau binaan Islam yg hebat. Subhanallah...perkara yg paling ak ingat lepas masuk ke tempat ni adlah satu Hadith Rasulullah: Tidak perlu orang Islam itu bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga masjid iaitu Masjidil haram, masjidil Aqsa dan masjid Nabawi. Alhamdulilh, Allah izinkn ak smpi ke ketiga-tiga msjd ini( tapi replika je la...Ak harap dpt smpi betul2 ke ketiga-tiga masjd ni).
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain." Mengenai kelebihan masjid Al-Aqsa pula, Rasulullah bersabda: "Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah." Subhanallah,beruntunglah sesiapa yg da dpt pergi ke ketiga-tiga msjd ni... Sesungguhnya kita mudah untuk pergi ke dua masjid yg utama itu iaitu masjidil haram dan masjid an-nabawi. Tp sekarang kita sukar utk pergi ke masjid Al-Aqsa kerana tentera Israel sedang berada di sana. Ak berdoa agar Allah Izinkan utk ak ke sana..ameen... Memang banyak kenangan sepanjg ada d terengganu. Melihat kehidupan orang dan sebagainya sikit sbyk mengajar ak ttg kehidupan orang lain. Walaupun pengalaman aku ni sikit je dan ade org len yg lebih pengalamannya, namun aku cume ingin berkongsi cara pandang aku pada sesuatu. Ye betul tak dinafikan ada pendapat mengatakn baru pergi tempat ni, da cerita lebih-lebih. Bukan promosi tmpt yg aku fokuskn, tp sejauh mane ak dpt ambik iktibar darinya... Betul kate saidina umar, nak betul2 kenal sesorg, bermusafirlah dengan die...
Jalan-jalan aku kali ni byk beri pengajaran pada aku. kadang-kadang kite boleh jadi ape yg tak pernah terfikir yang kita akan jadi macam tu. Tapi dalam hidup ni, kita kene berdepan dengan semua perkara yang datang sama ada suka atau tak. Tapi natijahnya bergantung kepada bagaimana kita menghadapi perkara tersebut. Paling penting apa saja perkara yang kita buat,doalah pada Allah semoga ianya menjadi Ibadah kepada Nya. Sebab kita tak nak perkara yang kita buat sia-sia. Tak kisah la ape2 pun. Dan jadikan diri kita mampu menjadi manfaat kepada orang lain dalam meniti hidup ini. Akhir sekali, Ade org yg Umur badan die pendek, tapi umur jasanya panjang contoh para ulama terdahulu dan ada orang yang umurnya badannya panjang tapi umur jasanya pendek. hmmm..so aku terfikir bahawa aku da ada platform utk jadikan umur aku pnjg...Guru..he2(InsyaAllah)...ape pun tulisan ini tidak langsung berkaitan sesiapa. Hanya sebagai iktibar untuk diri aku sendiri dan sesiapa yang boleh mengambil iktibar darinya...insyaAllah entri lepas ni berkenaan CINTA....hmmm...best nii... -Allah Sayang Kamu-

Wednesday, November 14, 2012

A Journey To The East...(Part 1)

Subhanallah…Alhamdulillah…Allahuakbar…Lailahaillah… Syukur aku kpd Allah atas nikmat yg terlalu byk dikurniakan…Sungguh andai aku punya kesempatan utk menghitung segala anugerah dan nikmat ini, nescaya tidak sempat untuk aku menghabiskannya sebelum tiba ajalku dek kerana terlalu banyak, banyak dan banyak. Lama benar aku tak menulis apa2 dlm blog ni. Sampai kawan aku sendiri pun tegur…uish, berhabuk jgk tmpt ni…ahaha…. Blog ni ak tulis kerana aku nak smpikn pndgn ak sendiri ttg sesuatu yg ak lihat. Mungkin org lain pandang perkara yang sama. Tapi setiap org mempunyai pandangan sisi yang berbeza. Ingat lg ak pada kata2 fauzan(kwn IPG…ustaz), ada 3 org yang dtng ke sebuah pantai. Si A hanya melihat-lihat dan bersiar-siar. Dia hanya ingin tenangkn diri. Si B datang dan melihat bahawa dia boleh buka syarikat petroleum dgn menggali minyak. Si C plak datang dgn pandgn bhwa dia boleh bukak perniagaan perikanan. Jadi, moral valuenye, setiap org memandang sesuatu yang sama dengan pandangan yang berbeza dan raikanlah pandangannya selagi mana ia tidak melanggar kepercayaan, perkara yang baik dan terutamanya tidak menyentuh sensitiviti sesuatu yang ada di sekeliling. Lalu aku teringat pada penjelajahan ak bersama kawan2 yg aku sayang ke pantai timur.
Ingat lagi ak bile syauqi kate die takut kalau die mati semasa sedang berjalan-jalan,melancong dan bersiar-siar. Hmmm… mase tgh berdua kat taman lipis mase tu. Memang tepat pada masanye luahan tu sbb aku rase mase tu ak blum gerak lagi ke pantai timur. Aku pun cakap kat die… “Sepanjang kite ride sesame ni, sebelum kite mulakan ride kite ni, ak selalu doa dlm solat dengan tiga doa ni: 1.Ya Allah,kurniakanlah kepada kami keizinan untuk pergi ke tempat ini pada kali ini 2.Ya Allah, kurniakanlah kami keselamatan dan jauhknlh kami dari sebarang bala bencana dan malapetaka 3.Ya Allah, kurniaknlah kami keseronokan yang tidak sampai kami melupakanMu” Macam tu la sikit sebanyak doa yang selalu aku panjatkan. Bukan ape, aku suke sgt travel jauh. Nek motor plak tuu..hmm…tak ke terbaek tu… Tp kali ni best ckit sbb ramai. Nas dengan zai pun ad sekali. Cakap bab kawan2 ni, aku teringat satu hadith Rasul: “Manusia itu mengikut agama kawannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang hendak dijadikan sebagai kawannya ” – HR Tirmidzi Maka ak pilih kawan yg pada pandangan ak mampu menjadi contoh mahupun peneman sewaktu ak tgh sedih dan sbgnya. Satu benda yang ak tanamkan dalam jiwa ak klu berkawan dengan seseorang, kalau ak ternampak kelemahannya, cepat-cepat ak fikir dan cakap dalam hati… “hmmm..sabar, mungkin itu satu je kelemahan. Kalau ak xkawan dengan die, sape lagi yang ak nak kawan. Aku sendiri pun byk kelemahan, nape satu kesalahan die plak yang aku nak besarkan.” He2…bkn senang rupanya nak kawal perasaan kite kn… Berbalik pada journey ak dengan kawan-kawan kali ni. Seingat aku, Alhamdulillah, Allah da kurniakan kekuatan untuk ak dengan kawan ak yang sorg ni jalan2 satu semenanjung dengan motor sama ada pegi ke negeri tu hanya sekadar singgah atau mmg ad tujuan. Dan sepanjang ride nek motor tu, macam-macam benda yang ak belajar sama ada ttg sifat berkawan, melihat ciptaan Allah, keluar dr kepompong selesa kepada tidak selesa(contohnye tdo di RnR je) dan len2 lg. Teringat ak pada satu kata-kata hikmah. “Orang yang pernah hidup susah akan mampu merasa kesusahan orang yang susah apabila dia senang. Tapi, orang yang selalu senang, belum tentu boleh merasa kesusahan orang yang susah sebab die sudah biasa dengan kesenangannya”. Macam tu juga aku. Keluar 2-3 hari pegi tempat orang,ride nek motor dalam keadaan mengantuk, terpaksa berhenti sekejap,tdo tepi jln dengan nyamuknye, tak selesanya, disamping kene fikir pasal duit untuk makan sbb itulah nadi kepada setiap penjelajahan, maka semua itu sedikit sebanyak mengajar ak erti hidup orang susah. Tapi ride aku kali ni dengan kawan2 agak lain.Aku rase selesa sangat sbb tdo hotel dan rumah orang. So kali ni ak nak fokus pada journey ak ke pantai timur, segala pandangan, segala apa yang aku belajar. First day ride kami ke kelantan, aku berempat tido kat umah din.
Layanan Din ngan keluarga memang terbaek. Bawak jalan2 dan siap ade wat BBQ lg. Aku teringat pada sebuah hadith: “Sesungguhnya tetamu itu apabia masuk ke rumah seseorang mukmin maka, ia masuk bersama dengan seribu berkata dan seribu rahmat” Dosa-dosa mereka sekeluarga juga terampun sebab tetamu itu datang membawa rahmat dan pulang mensucikan dosa-dosa tuan rumah. Subahanallah…begitu sekali Allah kurniakan kepada org yang memulikan tetamu.2 malam tdo di situ. Terima kasih byk din… Di Kelantan, sempat juga singgah di umah Apih, Wani, Aqmar dan Asma. Alhmdulillah,mereka juga melayan dengan layanan yang ckup baik.
Dan Ziarah kami ke Kelantan memang langkah kanan sebab kami sempat pergi ke Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan. Din kate ekspo kali ni lain dari yang lain sebab dibuat dalam Istana. Teruja betul ak bila masuk istana Kelantan. Subhanallah, bangga betul rakyat Kelantan bila berada dibawah naungan raja mereka sekarang ni. Aku pun ckup2 hormat dengan raja Kelantan kerana pemerintahan yang diamalkan adlah bercirikan Islam. Teringat aku pada satu hadith riwayat Bukhari Muslim. Dari Abu Hurairah Bahawa Rasulullah bersabda: "Tujuh golongan yang Allah naungi mereka pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah yang pertama adalah pemerintah yang adil....(hadith ini panjang)” Sungguh, bertuahlah pemerintah yang adil andai benar cara pemerintahannya dan celakalah kepada pemerintah yang zalim andai kucar-kacir pemerintahnya.
Alhamdulillah, mase ak datang, Tengku Muda pun kebetulan dtng sekali. Aku tiba-tiba teringat plak kate2 ayah Asma mase kami ziarah rumah die. Ayah die kate, "Kite sume diberi mase 24 jam, sempat x sempat tu atas kite je sbnrnye"..he2...dalam nada gurau. tapi bg ak, betul juga tu...sume manusia diberi Allah masa yang sama, tp knapa ada yg berjaya dan tidak? itu aku perlu muhasabah. -BERSAMBUNG- PART 2....

Salam Ukhuwah

Glad to be a muslim

Can feel two biggest ni'mah

Iman and Islam

Proud to be a Muslim

I'm Muslim

You're Muslim

So,be like Muslim(-ah)

Glad to know you

Please Allah..Please

Give me Your Hidayah...